Sasaran : Pemimpin dan peserta Pra Pentarafan Pengakap Raja 2016
Salam Pengakap,
Sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia, Perak Darul Ridzuan akan menganjurkan perkhemahan tersebut seperti tetapan berikut;
Tarikh : 06 Oktober 2016 hingga 09 Oktober 2016
Masa Pendaftaran : 3.00 petang (06 Oktober 2016 - Khamis)
Masa Bersurai : 1.00 tengahari (09 Oktober 2016 - Ahad)
Tempat : Kem Kota, Layang-Layang Kiri, Bota
2. Borang Pencalonan, Borang Calon PPPR 01, Arahan Pra Penarafan Pengakap Raja, Syarat-syarat Pondok Sementara dan Borang Semakan PPPR 02 & 03 untuk di panjangkan kepada semua Pengakap Remaja yang terlibat. (TIADA DI DALAM EMEL SAYA) hanya ada surat Siaran Program dari PPM Negeri Perak, Borang Perakuan Kesihatan, Borang Pelepasan Tangunggan dan Surat Kebenaran daripada JPN Sahaja. Tuan/puan Pemimpin/Peserta boleh muat turun surat dan borang melalui LINK di bawah:-
3. Untuk makluman tuan/ puan, Pengakap Remaja yang memenuhi syarat dan berminat untuk menyertai Perkhemahan Pra Penarafan Pengakap Raja dikehendaki melengkapkan Borang Pencalonan dan dikembalikan kepada En Chow Lok Kin pada atau sebelum 30hb September 2016 menerusi emel lembagapentaraf_perak@hotmail.com
Sebarang pertanyaan, sila hubungi En Chow Lok Kin di talian
012-4507 386 (selepas 8.00 malam)
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN"
MAKLUMAT PENTING,
SISIPAN MAKLUMAT TAMBAHAN UNTUK PENGETAHUAN PESERTA YANG AKAN MENYERTAI kEM PRA PENTARAFAN PENGAKAP RAJA.
Dipanjangkan makluman tambahan dari Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Lembaga Penaraf telah bermesyuarat semalam dan mengambil keputusan untuk membuat penambahbaikan Ujian Pra Penarafan Pengakap Raja bagi tahun ini.
Antara perubahan yang di buat adalah seperti berikut: -
Ujian Plaster Cast (akan di mansuhkan dan di ganti dengan Ujian Peta, Kompas & Pengagakan) Sila abaikan Perkara 2 dama borang semakan PPPR 03.
PETA, KOMPAS DAN PENGAGAKAN terbahagi kepada 3 stesyen berpengkalan.
STESYEN A
KOMPAS
- Cara memegang kompas.
- Di beri bering dan calon menunjukkan arah tersebut.
- Di beri SATU arah/ objek dan calon menentukan beringnya.
STESYEN B
PETA TOPO
- Di beri bacaan rujukan gred dan calon menunjukkan tempat.
- Di beri tempat dan peserta nyatakan bacaan rujukan gred.
- Apakah Petunjuk/ Lambang di dalam Petak 1, 2, 3, 4
STESYEN C
PENGAGAKAN
- Buat pengagakan bagi ketinggian tiang bendera ATAU bumbung dewan
- Buat pengagakan panjang/ jarak dewan
- Calon perlu menerangkan teknik dan nama pengagakan yang di gunakan kepada Penaraf
PONDOK SEMENTARA (Bivouac)
Pastikan Calon mematuhi pada syarat-syarat membina pondok sementara.
Penilaian Pondok Sementara adalah seperti berikut: -
1.1 Rangka Pondok
a. Kesesuaian Ikatan
b. Ketinggian bumbung (1 kaki dari kepala ketika duduk di atas pelantar)
c. Kekukuhan
d. Kekemasan Ikatan
1.2 Pelantar
a. Kesesuaian Ikatan
b. Kelebaran Pelantar (1 kaki kiri dan kanan dari kedua-dua bahu ketika baring)
c. Panjang Pelantar (1 kaki dari kepala dan 1 kaki dari hujung kaki ketika baring)
d. Kekukuhan
e. Kekemasan Ikatan
1.3 Atap/ Bumbung
a. Ikatan
b. Anyaman
c. Bahan Semulajadi
d. Cara Penyusunan
1.4 Umum
a. Kesesuaian/ Kebolehgunaan
b. Rekabentuk/ Kreativiti
c. Kekukuhan keseluruhan
d. Penggunaan bahan
e. Tahap Kebocoran Atap
MODEL PROJEK PERINTIS
1. Model Projek Perintis mestilah disiapkan di dewan ujian.
2. Saiz setiap Model Projek Perintis lebih kurang 30 sm (1 kaki) hingga 65 sm tinggi atau panjang.
3. Peserta boleh membuat sama ada Menara ataupun Jambatan.
Harap Maklum.
Raymond Chow
Sekretariat Lembaga Penaraf Pengakap Raja
Perak Darul Ridzuan
(Dapatan Maklumat Tambahan di atas adalah dapatan daripada emel saya (Ainal), sebarang pertanyaan, sila rujuk dengan Tuan Raymond Chow)
Sekian Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment