Thursday 24 January 2019

PENDAFTARAN TAHUNAN KUMPULAN & KEAHLIAN PENGAKAP BAGI TAHUN 2019


Salam Pengakap,
Tuan/Puan,

PENDAFTARAN TAHUNAN KUMPULAN DAN KEAHLIAN PENGAKAP
BAGI TAHUN 2019

Dengan hormat, saya menarik perhatian tuan merujuk perkara di atas.

2.         Tempoh keahlian pengakap bagi tahun 2018 akan tamat pada 31 Mac 2019. Proses pendaftaran tahunan kumpulan dan keahlian pengakap bagi tahun 2019 boleh dibuat mulai sekarang.

3.         Sehubungan itu, tuan/puan adalah diingatkan untuk mengambil perhatian kepada perkara-perkara berikut:

3.1       Semua pendaftaran kumpulan/sekolah hendaklah menggunakan  Borang Pendaftaran 2019. Borang yang telah lengkap, hendaklah diserahkan kepada Pesuruhjaya Daerah masing-masing.
Borang pendaftaran kumpulan dan keahlian boleh dimuat turun di laman sesawang http://ppmperak.blogspot.com/

3.2       Adalah menjadi satu kesalahan, menjalankan aktiviti kepengakapan sekiranya kumpulan/sekolah tidak berdaftar dalam tahun semasa. Kumpulan/sekolah juga tidak dibenarkan menyertai aktiviti kepengakapan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. (Akta Parlimen 1968 : Persekutuan Pengakap Malaysia).

4.         Berikut adalah kadar kutipan yuran yang ditetapkan oleh ibu pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia bagi Tahun 2019.

KADAR YURAN
a) Pengakap Kanak-kanak/ Pengakap Muda Pengakap Remaja RM 7.00

b) Pemimpin/Pengakap Kelana/Ahli Bersekutu RM10.00

c) Pendaftaran Kumpulan Baharu RM10.00

Bersama ini disertakan borang-borang yang berkaitan.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pesuruhjaya Daerah masing-masing.

Persekutuan Pengakap Malaysia, Daerah Batang Padang
Pn. Natrah bt. Ahmad  +6011 2428 3452

Persekutuan Pengakap Malaysia,  Daerah Larut Matang & Selama
Tn. Hj. Md Radzi b. Ismail  +6019 512 7355

Persekutuan Pengakap Malaysia, Daerah Manjung
Tn. Ramlan b. Hussin  +6019 527 6945

Persekutuan Pengakap Malaysia, Daerah Kerian
Tn. Azzat b. Habibullah  +6012 409 0656

Persekutuan Pengakap Malaysia, Daerah Kuala Kangsar
Tn. Aminudin b. Mat Ludin  +6013 593 6020

Persekutuan Pengakap Malaysia, Daerah Perak Tengah
Tn. Zahari b. Omar   +6012 268 9704

Persekutuan Pengakap Malaysia, Daerah Kinta Selatan
Tn. Mohamad Zamri b. Ismail   +6012 670 0044

Persekutuan Pengakap Malaysia, Daerah Hilir Perak
Tn Amin b. Hamzah   +6013 401 2257

Persekutuan Pengakap Malaysia, Daerah Kinta Utara
Tn. Ainal Suhaidi b. Adnan Suhaimi   +6018 258 4569

Persekutuan Pengakap Malaysia, Daerah Hulu Perak
Tn. Syahrul Nizam b. Ramli  +6012 668 2736

Persekutuan Pengakap Malaysia, Daerah Bagan Datuk
Tn. Afizam b. Hasan +6013 290 8385


Friday 24 August 2018

Askm & Salam Pengakap

Maklumat Awal: 

*Perkhemahan SR ( K. Perak & Emas) & SM ( Maju, Jaya & Kemahiran ) Daerah Kinta Siri 2/ 2018*

*Tempat : SK SERI JAYA, BATU GAJAH*
*Tarikh12-14 Okt 2018*

Penyerahan/Pemeriksaan Buku Log SM ( Maju, Jaya & Kemahiran )

Tempat : *PPD KINTA UTARA*
Tarikh : *5- 7 Sept 2018*

Diharap semua pemimpin sekolah ( SR & SM ) dapat membuat persiapan yang sewajarnya untuk anak-anak pengakap kita dalam perkhemahan ini.

Surat hebahan akan dikeluarkan oleh pihak PPD nnti.
Askm & Salam Pengakap

Maklumat Awal: 

*Perkhemahan SR ( K. Perak & Emas) & SM ( Maju, Jaya & Kemahiran ) Daerah Kinta Siri 2/ 2018*

*Tempat : SK SERI JAYA, BATU GAJAH*
*Tarikh12-14 Okt 2018*

Penyerahan/Pemeriksaan Buku Log SM ( Maju, Jaya & Kemahiran )

Tempat : *SK TRONOH*
Tarikh : *5- 7 Sept 2018*

Diharap semua pemimpin sekolah ( SR & SM ) dapat membuat persiapan yang sewajarnya untuk anak-anak pengakap kita dalam perkhemahan ini.

Surat hebahan akan dikeluarkan oleh pihak PPD nnti.

Sunday 20 May 2018

⚜BUBUR LAMBUK KELANA KINTA⚜

Assalamualaikum 
Salam Pengakap

Kelana "A" Daerah Kinta akan mengedarkan bubur lambuk pada ketetapan berikut :

Tarikh : 2 Jun 2018 (Sabtu)
Masa Pengedaran : 5.30pm - 7.00 pm 
Tempat Tumpuan : 
-Baazar Taman Perpaduan
-Baazar Taman Cempaka
-Baazar Stadium

Jangan lepaskan peluang utk mendapatkan bubur lambuk PERCUMA dari Kintarovers Crew sbg juadah berbuka puasa anda. 
Bubur Lambuk Terhad !! Jumpa ada di sana .

Utk Sumbangan di bulan Ramadhan terhdap Program amal ini , anda boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bank berikut :- MAYBANK
158220861781[SYAFIQAH AQILAH BINTI SHAHARUDIN]

Utk Maklumat Lanjut sila hubungi :

Azril -0175548779
Syafiqah - 0163959647
Hazim - 0136563897

#LuaskanEmpayar
#Kintarovers
#UtaraSelatanBerpisahTiada
#BuburLambukKintaRovers

Sunday 8 April 2018

PERKHEMAHAN UJIAN LENCANA KERIS PERAK DAN KERIS PERAK (SR) DAN UJIAN LENCANA MAJU, JAYA DAN KEMAHIRAN (SM) SIRI 1 / 2018

Pengetua / Guru Besar,                                   
Sekolah Menengah & Sekolah Rendah
Daerah Kinta Utara & Daerah Kinta Selatan

Tuan,

PERKHEMAHAN UJIAN LENCANA KERIS PERAK DAN KERIS PERAK (SR) DAN UJIAN LENCANA MAJU, JAYA DAN KEMAHIRAN (SM) SIRI 1 / 2018

Dengan segala hormatnya merujuk surat PPD Kinta Utara PPDKU 700 – 4 / 3 Jld. 2 (26) bertarikh 03 April 2018 adalah berkaitan.
2.         Sukacita dimaklumkan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kinta Utara & Kinta Selatan akan mengadakan perkhemahan seperti ketetapan berikut :-

Tarikh                          :           13 – 15 April 2018 (Jumaat – Ahad)
Masa                            :           3.30 ptg (Jumaat) – 12.00 tgh (Ahad)
Tempat                         :           SK Rapat Jaya, Ipoh.
Syarat Penyertaan      :           Sila Rujuk Lampiran

3.         Sehubungan itu, besarlah harapan pihak kami sekiranya pihak tuan dapat memberi kebenaran kepada pemimpin dan ahli pengakap sekolah tuan untuk menyertai perkhemahan di atas. Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Ainal Suhaidi Bin Adnan Suhaimi di talian 018-2584569. Kerjasama dan sokongan pihak tuan didahului dengan jutaan terima kasih.

SURAT MAKLUMAN PERKHEMAHAN (UNTUK PASUKAN PENGAKAP SEKOLAH SAHAJA)

SURAT PELEPASAN TUGAS (UNTUK JK / URUS SETIA PERKHEMAHAN SAHAJA)

BORANG PENYERTAAN, MAKLUMAT,SYARAT PENYERTAAN PERKHEMAHAN DAN SENARAI SEMAK KEPERLUAN PESERTA

MINIT MESYUARAT DAN LAMPIRAN MINIT 

PORTAL RASMI PPD KINTA SELATAN
Sekian.

Sunday 29 October 2017

PROGRAM PEK BERCUTI PENGAKAP KANAK-KANAK BERSAMA ATM, 23 RAMD, JALAN TAMBUN DENGAN KERJASAMA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK PERINGKAT NEGERI PERAK 2017

Sukacitanya dimaklumkan perkara di atas  dirujuk.

2. Untuk makluman tuan, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak dan ATM 23 RAMD, Jalan Tambun, Ipoh dengan Jabatan Pendidikan Negeri Perak akan mengadakan program  di atas pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh Perkhemahan : 24 – 26 NOVEMBER  2017  ( JUMAAT  – AHAD )
Tempat : 23 RAMD, KEM GUA PERMAI, JALAN TAMBUN , IPOH
Masa daftar : 3.00 petang ( Jumaat )
Yuran : RM 80.00 setiap seorang peserta 
( sijil, lencana, tapak, pengurusan, makanan, aktiviti diuruskan oleh ATM 23 RAMD )

Peserta Sekolah Rendah : Ahli yang berdaftar tahun semasa (Lelaki & Perempuan) Tahun 5 & Tahun 6* *Keutamaan penyertaan kepada murid yang telah mendapat Anugerah Rambu PKK.

Khemah Perlu dibawa oleh setiap sekolah
Bayar Tunai / Cek atas nama : PERSEKUTUAN PENGAKAP DAERAH KINTA
Borang  & Syarat Penyertaan Dimuat turun dari pengakapkinta.blogspot.com

Emailkan semula borang rumusan ke :
ppmkintaselatan@yahoo.com
(untuk sekolah kinta selatan)

iwan0172000@yahoo.com
(untuk sekolah kinta utara)

Tarikh Tutup Penyertaan : 10 NOVEMBER 2017

Maklumat & Pertanyaan
En. Ahmad Nazmi (016-5285060)
Pn. Zamzurina Yusuf  ( 013-454 7229 )
En. Mohd Redha Abu Samah ( 013-512 9096 )

Link untuk download
1. Jabatan Pendidikan Negeri Perak
2. Portal Rasmi PPD Kinta Selatan (Dalam Proses)
3. Portal Rasmi PPD Kinta Utara
4. Surat Jemputan menyertai program.
5. Borang Penyertaan
6. Borang Pelepasan ibu bapa
7. Borang Perakuan Kesihatan
8. Borang Rumusan

Wednesday 27 September 2017

PERKHEMAHAN UJIAN LENCANA KERIS PERAK DAN EMAS SIRI 2/2017 (SR) DAN UJIAN LENCANA MAJU, JAYA DAN KEMAHIRAN SIRI 2 / 2017 (SM) & PROGRAM SENAMROBIK SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2017

Salam Pengakap.

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.


2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kinta Utara akan mengadakan perkhemahan  & mesyuarat penyelarasan perkhemahan di atas seperti ketentuan berikut:-

PERKHEMAHAN UJIAN LENCANA SEKOLAH RENDAH (SR) & UJIAN LENCANA SEKOLAH MENENGAH (SM) SIRI 2 /2017

Tarikh            :           13 – 15 Oktober 2017 (Jumaat – Ahad)
Masa             :           3.30 ptg (Jumaat) – 12.00 tgh (Ahad)
Tempat         :           SK Rapat Jaya, Ipoh.

MESYUARAT PENYELARASAN PERKHEMAHAN SIRI 2/2017

Tarikh            :           04 Oktober 2017 (Rabu)
Masa             :           2.30 ptg
Tempat         :           Bilik Gerakan SK Rapat Jaya, Ipoh.
                                                                                                 
3.         Sehubungan itu, pejabat ini memanjangkan makluman tersebut kepada sekolah tuan untuk menyertai perkhemahan ini. Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Ainal Suhaidi Bin Adnan Suhaimi (Penyelia Kokurikulum, Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara) di talian 018-2584569. Kerjasama dan sokongan pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

PAUTAN SURAT BERKAITAN PROGRAM UNTUK SEKOLAH & GURU PENASIHAT PENGAKAP SEKOLAH

SILA KLIK – SURAT PANGGILAN MESYUARAT PENYELARASAN (GURU PENASIHAT PENGAKAP SEKOLAH)

PAUTAN SURAT BERKAITAN PROGRAM UNTUK JK PROGRAM SAHAJA (ADC PPM DAERAH SAHAJA)

SILA KLIK – SURAT PELEPASAN TUGAS UNTUK PROGRAM(JK PROGRAM SAHAJA) (MASIH DALAM PROSES)

PAUTAN BORANG-BORANG PENYERTAAN PERKHEMAHAN SIRI 2 /2017


Sekian. Terima Kasih.