Thursday 24 January 2019

PENDAFTARAN TAHUNAN KUMPULAN & KEAHLIAN PENGAKAP BAGI TAHUN 2019


Salam Pengakap,
Tuan/Puan,

PENDAFTARAN TAHUNAN KUMPULAN DAN KEAHLIAN PENGAKAP
BAGI TAHUN 2019

Dengan hormat, saya menarik perhatian tuan merujuk perkara di atas.

2.         Tempoh keahlian pengakap bagi tahun 2018 akan tamat pada 31 Mac 2019. Proses pendaftaran tahunan kumpulan dan keahlian pengakap bagi tahun 2019 boleh dibuat mulai sekarang.

3.         Sehubungan itu, tuan/puan adalah diingatkan untuk mengambil perhatian kepada perkara-perkara berikut:

3.1       Semua pendaftaran kumpulan/sekolah hendaklah menggunakan  Borang Pendaftaran 2019. Borang yang telah lengkap, hendaklah diserahkan kepada Pesuruhjaya Daerah masing-masing.
Borang pendaftaran kumpulan dan keahlian boleh dimuat turun di laman sesawang http://ppmperak.blogspot.com/

3.2       Adalah menjadi satu kesalahan, menjalankan aktiviti kepengakapan sekiranya kumpulan/sekolah tidak berdaftar dalam tahun semasa. Kumpulan/sekolah juga tidak dibenarkan menyertai aktiviti kepengakapan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. (Akta Parlimen 1968 : Persekutuan Pengakap Malaysia).

4.         Berikut adalah kadar kutipan yuran yang ditetapkan oleh ibu pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia bagi Tahun 2019.

KADAR YURAN
a) Pengakap Kanak-kanak/ Pengakap Muda Pengakap Remaja RM 7.00

b) Pemimpin/Pengakap Kelana/Ahli Bersekutu RM10.00

c) Pendaftaran Kumpulan Baharu RM10.00

Bersama ini disertakan borang-borang yang berkaitan.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pesuruhjaya Daerah masing-masing.

Persekutuan Pengakap Malaysia, Daerah Batang Padang
Pn. Natrah bt. Ahmad  +6011 2428 3452

Persekutuan Pengakap Malaysia,  Daerah Larut Matang & Selama
Tn. Hj. Md Radzi b. Ismail  +6019 512 7355

Persekutuan Pengakap Malaysia, Daerah Manjung
Tn. Ramlan b. Hussin  +6019 527 6945

Persekutuan Pengakap Malaysia, Daerah Kerian
Tn. Azzat b. Habibullah  +6012 409 0656

Persekutuan Pengakap Malaysia, Daerah Kuala Kangsar
Tn. Aminudin b. Mat Ludin  +6013 593 6020

Persekutuan Pengakap Malaysia, Daerah Perak Tengah
Tn. Zahari b. Omar   +6012 268 9704

Persekutuan Pengakap Malaysia, Daerah Kinta Selatan
Tn. Mohamad Zamri b. Ismail   +6012 670 0044

Persekutuan Pengakap Malaysia, Daerah Hilir Perak
Tn Amin b. Hamzah   +6013 401 2257

Persekutuan Pengakap Malaysia, Daerah Kinta Utara
Tn. Ainal Suhaidi b. Adnan Suhaimi   +6018 258 4569

Persekutuan Pengakap Malaysia, Daerah Hulu Perak
Tn. Syahrul Nizam b. Ramli  +6012 668 2736

Persekutuan Pengakap Malaysia, Daerah Bagan Datuk
Tn. Afizam b. Hasan +6013 290 8385


3 comments:

  1. salam pengakap...bagaimana nak cari pengakap didaerah kampar ada sesiapa yang boleh membantu tak...trima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengenai apa ye tuan...kalau boleh sy tolong la

      Delete