Salam Pengakap
Untuk Perhatian
SEMUA Pesuruhjaya Daerah
SEMUA Pengerusi Program Daerah
SEMUA Pen. Ketua Pesuruhjaya Daerah
Sebagaimana dipersetujui dalam Mesyuarat Program PPM Perak 15/02/2015 yang lalu.
Bersama ini saya panjangkan surat permohonan pelepasan guru dan murid bagi menyertai program tersebut.
Oleh kerana tarikh kejadian sudah terlalu hampir, diharapkan pihak tuan dapat bertindak dengan menggunakan surat ini untuk mohon kebenaran PPD dan pihak sekolah, sementara kita mendapat surat kebenaran yang sebenarnya dari JPN.
Program Sambutan Hari Pengasas dan Kempen 1 Pengakap 1 Pokok ini. Diharapkan setiap PPM Daerah dapat menghantar penyertaan peserta seramai 40 orang @ 1 bas (PKK/PM/PR/PK).
Peserta akan disediakan:
1. Makan sarapan dan makan tengahari (bungkus)
2. Sijil Penyertaan Peringkat Negeri
Untuk keterangan lanjut sila ajukan pertanyaan kepada Tn. Hj. Azizul Azhar ditalian 019-462 3900 atau di WhatsApp Group "I am Scout".
Sekian, terima kasih
No comments:
Post a Comment