Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu (PPMNT) akan menganjurkan Korobori Pengakap Kanak-Kanak peringkat Kebangsaan 2015 seperti ketetapan berikut:
Tarikh
30 Mei 2015 hingga 1 Jun 2015
Tempat
Kem Pengaka p 'rengku Muhammad lsmail,
Telaga Batin, Kuala Terengganu
Perasmian Penutup
Y.A.B Dato' Menteri Besar Terengganu
2. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini dikepilkan butiran mengenai program yang akan diadakan untuk makluman YBhg. Dato'/Datuk/Tuan.
3. Justeru itu, sebarang pertanyaan mengenai program yang akan diadakan YBhg. Dato'/Datuk/Tuan, bolehlah merujuk terus kepada sekrertariat Korobori Pengakap Kanak-kanak d/a Kem Pengakap Tengku Muhammad lsmail, Bangunan Pentadbiran, Telaga Batin,21300 Kuala Terengganu di talian telefon 09-66113100, faksimili 09-6623160, email hqscouttrg@smail.com atau berhubung terus:
Encik Mohd Nasir bin Hamzah ditalian bimbit: 019 9139 365
Encik Wan Mohd Rizal Effendi bin Abdullah ditalian bimbit: 019 9561772
Puan Tengku Aznurlah bt Abd Aziz ditalian bimbit: 013 9804 655.
4. Oleh itu, Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) berharap agar YBhg. Dato'/Datuk/Tuan dapat memaklum dan memanjangkan mengenai program ini kepada semua ahli pengakap diperingkat Negeri mahupun Daerah yang berminat untuk menyertai program tersebut serta kos untuk menyertai program ini adalah di bawah tanggungan individu atau PPM Negeri-negeri.
Segala kerjasama, sokongan dan perhatian dari pihak YBhg. Dato'/Datu k/Tua n amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
No comments:
Post a Comment