Thursday 30 March 2017

Perkhemahan Pengakap Sekolah Rendah(Ujian lencana Keris Perak & Emas )  dan Menengah  ( Lencana Maju , Jaya & Kemahiran )  Siri 1 / 2017

Tarikh  : 7 – 9.4. 2017 ( Jum – Ahad )
Tempat         : Padang,SK Seri Jaya, Batu Gajah
Masa : 3.00 petang (7.4.2017) - 11.30 pagi (9.4.2017)
Masa daftar : 3.00 petang Jumaat 07.4.2017
Yuran            : RM 35.00 setiap  peserta sekolah rendah dan menengah
( sijil, makanan, pengurusan, lencana, tapak perkhemahan, kertas ujian, dll )

Pendaftaran sekolah RM 40.00 (Sekolah Rendah)
Pendaftaran sekolahRM 50.00 (Sekolah Menengah)

Makan & Minum Akan dikendalikan oleh J/kuasa yang dilantik

Peserta Sekolah Rendah & Sekolah Menengah

Bayar Tunai / Cek PERSEKUTUAN PENGAKAP DAERAH KINTA


Yuran penyertaan.
Bayaran Yuran Perkhemhan telah dipersetujui bersama.Pihak sekolah digalakkan mengeluarkan wang peruntukan kokurikulum dan memohon bantuan PIBG sekolah masing-masing untuk membantu menampung  membiayai yuran penyertaan dan makan minum peserta.

Tindakan  : Pemimpin sekolah

Pengangkutan
Pihak sekolah hendaklah menghantar dan mengambil peserta pada hari dan waktu yang telah ditetapkan

Tindakan : Pemimpin pengakap

Syarat dan Peraturan

1. Peserta  dari kalangan pelajar sekolah menengah ( Tingkatan 1 hingga 5 ) atau Sekolah Rendah ( Tahun 4-6 ) yang menganggotai pasukan pengakap sekolah.

2. Penyertaan dari ahli yang telah berdaftar secara sah dengan PPM Kinta tahun 2017

3. Borang penyertaan dan yuran penyertaan hendaklah di hantar sebelum atau  pada 6.4.2017 (Khamis) kepada :

Pn. Halimatun binti Hamid
(Bendahari )
No.Tel : 019 – 550 4110
SMK St Bernadettes Convent, Batu Gajah.
     
Bayaran dibayar secara tunai atau cek atas nama : PERSEKUTUAN  PENGAKAP  DAERAH KINTA

Peserta mesti mempunyai tahap kesihatan yang baik dan tidak menghadapi sebarang penyakit yang merbahaya.
Wajib mengisi BORANG PERAKUAN KESIHATAN

Peserta perlu mendapat pengesahan kebenaran ibu bapa/penjaga dan disahkan oleh pihak sekolah.
Wajib mengisi BORANG PELEPASAN TANGGUNGAN

Peserta tidak boleh meninggalkan kawasan perkhemahan kecuali dengan kebenaran bertulis daripada pihak penganjur.

Barang-barang yang dilarang dibawa,  adalah seperti peraturan di sekolah. ( Telefon bimbit tidak digalakkan )

Undang-undang pengakap adalah sebahagian daripada peraturan perkhemahan.

Setiap peserta lelaki , rambut hendaklah pendek mengikut peraturan sekolah.

Keperluan peribadi yang perlu dibawa :

1. Uniform Pengakap
2. Khemah dan  Sulfur ( belerang )
3. Pakaian  sukan & selipar
4. Pakaian sembahyang
5. Sabun, berus gigi, tuala
6. Buku log  sekolah rendah dan menengah
7. Selimut
8. Baju sejuk ( jika ada )
9. Alat tulis dan pensel warna
10. Plastik sampah 3 helai
11. Peti pertolongan cemas ( setiap sekolah )
12. Pinggan & cawan plastik

Tindakan : Pemimpin pengakap

Download borang disini :

No comments:

Post a Comment